Krisis politik: Mesyuarat khas Umno Melaka malam ini

0
1

UMNO Melaka akan mengadakan mesyuarat khas malam ini bagi membincangkan kemelut politik di negeri itu, susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti kerajaan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata mesyuarat berkenaan dijangka turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; ketua-ketua bahagian serta semua wakil rakyat Umno.

Portal Melaka Hari Ini melaporkan mesyuarat itu akan diadakan di kediaman Ab Rauf di Masjid Tanah.

Semalam, empat wakil rakyt diketuai Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada Sulaiman.

Tiga lagi Adun tersebut ialah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here