Gangguan perkhidmatan WhatsApp, Facebook, Instagram seluruh dunia

0
1

APLIKASI Facebook, Instagram, WhatsApp and Facebook Messenger tidak boleh diakses bermula malam tadi susulan mengalami gangguan di seluruh dunia.

Memetik media antarabangsa, keempat-empat aplikasi tersebut sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan mereka.

Aplikasi facebook tidak dapat diakses pada telefon bimbit manakala terdapat pengguna komputer peribadi dipaparkan mesej ‘Sorry, something went wrong’ (Maaf, sesuatu tidak betul).

Bagi pengguna Instagram melihat mesej ‘5xx Server Error’.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak memberi sebarang petunjuk bila perkhidmatannya akan beroperasi semula.

Menurut Whatsapp yang menyedari isu tersebut dan berjanji ‘akan kembali’ dan akan ‘menghantar dan mengemas kini secepat mungkin’.

Sejurus selepas itu, syarikat induk tersebut mengeluarkan kenyataan memohon maaf terhadap sebarang ‘kesulitan yang dihadapi’.

Sementara itu, Instagram memberitahu penggunanya menerusi Twitetr bahawa ia sedang ‘menghadapi sedikit masa sukar ketika ini’ dan memastikan mereka sedang berusaha untuk memulihkannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here