Cabutan khas 22 kali, kerajaan umum masa terdekat

0
1
premis judi berlesen. Kred: Sentral My

[PARLIMEN] KEPUTUSAN kebenaran syarikat perjudian untuk melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata kerajaan mengambil maklum semua cadangan Ahli Parlimen berhubung isu berkenaan sekali gus membuat penelitian mengenainya.

Katanya, walaupun 22 cabutan diluluskan kepada syarikat perjudian, tidak semuanya dilaksanakan setakat ini.

“Setakat hari ini, hanya lapan saja (cabutan) yang dilaksanakan, tujuh terpaksa dibatalkan dan bakinya itulah yang akan dinyatakan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Maszlee Malek (Bebas-Simpang Renggam) sama ada kerajaan akan kembali mengehadkan jumlah cabutan kepada syarikat perjudian cuma lapan kali saja, berbanding 22 kali ketika ini.

Mengulas berkaitan penambahan cabutan itu akan meningkatkan hasil negara, Mohd Shahar berkata, ia tidak begitu tepat kerana ada banyak lagi sumber yang mendatangkan hasil kepada negara.

“Kita ada banyak lagi hasil negara kerana ada tiga kelompok besar iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan perkara tidak membabitkan cukai,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here