‘Saya masih bersama Umno’ – Idris Haron

0
1
MELAKA, 17 April -- Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Idris ketika ditemui Bernama di Seri Bendahara, Ayer Keroh hari ini. Idris berkata fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap BN merupakan cabaran utama buat BN Melaka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, berkata beliau masih ahli Umno walaupun bertindak menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pada masa sama, beliau menyerahkan kepada pimpinan Umno untuk menentukan kedudukannya termasuk sekiranya dipanggil Lembaga Disiplin parti.

“Saya tidak pasti tentang hal itu tetapi yang pasti saya masih berada dalam Umno setakat hari ini, saya dengan Datuk Noor Azman Hassan masih lagi Ahli Umno.

“Tindakan itu saya serahkan kepada parti dan saya tunggulah Jawatankuasa Disiplin panggil kami berdua,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Ketika ditanya adakah beliau bersedia dilucutkan keahlian dari Umno kerana Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan sudah memberi amaran tentang perkara ini, katanya dirinya perlu bersedia apabila berdepan dengan segala akibat disebabkan penarikan sokongan ini.

“Bagaimanapun kami tetap katakan bahawa kami meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya,” katanya.

Pada 2 Oktober lalu, Mohamad Hasan dilapor berkata Umno tidak teragak-agak memecat ADUN parti itu yang terlibat menjatuhkan kerajaan Melaka sedia ada.

Timbalan Presiden Umno itu menegaskan tindakan itu akan diambil sekiranya kerajaan pimpinan Sulaiman tumbang disebabkan pembelotan wakil rakyat parti tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here