Individu lukis gambar Nabi maut kemalangan ngeri

0
1

KARTUNIS Sweden yang terselamat daripada dua percubaan pembunuhan kerana mencetuskan kontroversi apabila melukis gambar Nabi Muhammad SAW, maut dalam kemalangan ngeri jalan raya.

Memetik laporan Daily Mail, Lars Vilks, 75, terbunuh ketika kereta polis yang dinaikinya terbalik dan terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah trak.

Kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar dan pemandu trak berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami cedera parah.

Dua anggota polis yang ditugaskan mengawal Vilks di dalam kereta polis itu turut terkorban.

Kejadian berlaku pada jam 3 petang semalam (waktu tempatan) di Markaryd, wilayah Kronoberg.

Vilks mencetuskan kemarahan global apabila melukis gambar Nabi Muhammad pada 2007.

Pada tahun 2015, seorang lelaki bersenjata , Omar El-Hussein melepaskan tembakan di depan kafe Krudttonden ketika Vilks mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai kebebasan bersuara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here