Anak Shah Rukh Khan ditahan dalam serbuan dadah

0
1

ANAK lelaki bintang Bollywood Shah Rukh Khan, ditahan Biro Kawalan Narkotik (NCB) pagi semalam, susulan serbuan parti di atas kapal persiaran dekat Mumbai, India.

NDTV melaporkan, Aryan Khan, 23, serta tujuh lagi inidividu turut ditahan dalam serbuan malam semalam ketika kapal itu berlayar menuju ke Goa.

Dalam serbuan itu, NBC turut menemukan 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD).

“Kesemuanya termasuk dua wanita ditahan untuk soal siasat,” jelas NCB.

Seorang Pegawai NCB yang enggan dikenali berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai dakwaan parti dadah dan menghantar pegawai polis menyamar sebagai penumpang kapal yang berlepas pada malam Sabtu itu.

Bagaimanapun, kapal itu dibenarkan meneruskan perjalanan selepas lapan suspek dibawa ke darat.

Shah Rukh Khan, 55, adalah antara bintang paling popular di India dan berjaya mengelakkan daripada kontroversi sepanjang tiga dekad dalam bidang seni.

Dalam pada itu, Shah Rukh Khan dilihat meninggalkan kediamannya dan menuju ke pejabat peguam sejurus selepas penahanan Aryan disahkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here