5 saksi dipanggil kes dera kanak-kanak autisme

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633251169741","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

LIMA saksi kejadian dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki autisme di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Ampang, Ampang Jaya, dipanggil untuk dirakam keterangan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan dua saksi dan memanggil tiga lagi saksi untuk dirakam keterangan berhubung kejadian itu.

“Sehingga kini, dua saksi sudah dirakam keterangan dan hari ini tiga saksi dipanggil untuk dirakam keterangan.

“Kes ini masih lagi dalam siasatan dan (kertas siasatan) akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menahan wanita warga Singapura yang juga pengurus di sebuah pusat intervensi kanak-kanak selepas dipercayai memukul kanak-kanak autisme.

Mohamad Farouk dilaporkan berkata, wanita berusia 51 tahun itu ditahan kelmarin selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat bapa mangsa, Jumaat lalu.

Terdahulu, bapa mangsa memuat naik gambar dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Facebook mendakwa anaknya dipukul di pusat intervensi terbabit.

Beliau turut berkongsi gambar kesan kecederaan dialami anaknya dan juga rakaman video menunjukkan anaknya dikejar serta diheret oleh seorang wanita yang didakwa Pengetua di pusat berkenaan.

Hantaran tersebut kemudian tular dan netizen meminta tindakan tegas diambil ke atas pemilik pusat intervensi berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here