Vaksinasi hampiri 90%, semua pihak diingat terus waspada

0
1

KETIKA negara semakin menghampiri 90 peratus populasi dewasa menerima suntikan dos lengkap, semua pihak diingatkan sentiasa mengambil langkah berwaspada memandangkan virus Covid-19 telah berada dalam komuniti.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (PPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata transisi dari tahap pandemik ke endemik bukan sahaja harus dilakukan dengan yakin dan berani, malah teratur dan penuh sistematik.

Beliau mengingatkan, semua pihak perlu mengambil iktibar dari negara-negara yang mempunyai kadar vaksinasi tinggi tetapi bilangan kes positif masih terus meningkat.

“Setiap daripada kita harus mengambil langkah proaktif dalam melakukan penilaian risiko kendiri dan saya yakin kerajaan juga akan mengambil langkah-langkah perlu dalam memantau dan mengawal risiko penularan virus ini di sektor-sektor yang dilonggarkan.

“Ingat, semakin ramai menerima vaksinasi lengkap, semakin ramai terlindung dari dijangkiti dengan teruk oleh virus Covid-19.

“Dengan itu, beban kepada sistem kesihatan awam akan berkurang. Ini mendorong lebih banyak kawalan sektor ekonomi dan sosial dilonggarkan dan lebih cepat kita kembali menjalani kehidupan norma baharu.

“Sudah semestinya, semua ini dapat membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mungkin ada di antara kita yang keluar beriadah dan makan di restoran memandangkan semakin banyak sektor ekonomi dan sosial yang sudah dibuka, terutamanya kepada mereka yang telah menerima suntikan lengkap vaksinasi COVID-19.

Sehingga semalam, sebanyak 87.2 peratus populasi dewasa di Malaysia telah menerima suntikan dos lengkap.

Pada 22 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus. – Mlaaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Muhyiddin Yassin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here