Covid-19: Selepas hampir 3 bulan, kes menurun bawah 10,000

0
1

BUAT pertama kali sejak 12 minggu lalu, kes harian Covid-19 di Malaysia melaporkan jangkitan di bawah lima angka iaitu 9,066 kes hari ini.

Kali terakhir Malaysia melaporkan kes harian di bawah 10,000 ialah 8,574 kes yang dicatatkan pada 12 Julai lalu.

Berdasarkan data dikongsi di media sosial milik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini kini mencecah 2,277,565 kes.

Sarawak kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu 1,418 kes, diikuti Selangor dengan 1,000 kes.

Lain-lain negeri dan wilayah mencatatkan kes di bawah tiga angka iaitu Johor (981), Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767), Kedah (670), Perak (669), Pahang (630), Pulau Pinang (620).

Selain itu, Melaka (206), Kuala Lumpur (201), Negeri Sembilan (191), Perlis (66), Putrajaya (24) serta tiada sebarang kes di Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here