Semua PPV AstraZeneca di Lembah Klang ditutup esok

0
1
Vaksin AstraZaneca di PWTC.

SEMUA Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Lembah Klang akan ditutup mulai esok. 

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), janji temu untuk individu yang terlepas dos kedua akan dijadualkan semula melalui MySejahtera. 

Pada 2 Mei lalu, pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela dibuka kepada penduduk Lembah Klang. 

Penawaran secara sukarela itu dibuat selepas pihaknya mendapati sehingga 8,000 individu yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), membatalkan pendaftaran masing-masing selepas mengetahui AstraZeneca antara vaksin ditawarkan. 

Pada 24 September lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan sela masa dos kedua vaksin AstraZeneca akan dipendekkan dari sembilan minggu kepada enam minggu bermula 1 Oktober ini. 

Katanya, ini sebagai usaha untuk memudahkan penerima dos vaksin AstraZeneca. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here