Isu tokong: Henti cetus perbalahan antara kaum – Hamzah

0
1

MENTERI Dalam Negeri menasihatkan semua pihak untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum dan boleh menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia berbilang kaum. 

Ingatan itu dikeluarkan Datuk Seri Hamzah Zainudin susulan polis menahan 12 lelaki dan enam wanita yang terbabit dalam kekecohan di hadapan sebuah tokong di Bandar Salak Selatan di Sungai Besi, disusuli permohonan maaf pihak tokong kepada polis, Jumaat lalu. 

Hamzah menegaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa tegas dalam menguatkuasakan undang-undang bagi memelihara ketenteraman awam.  

“Tindakan tegas PDRM menahan semua suspek yang terlibat telah disusuli dengan permohonan maaf daripada pihak Tokong. 

“Bagaimanapun kes ini akan terus disiasat di bawah Seksyen 148, Seksyen 186 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Selain itu kes ini juga disiasat kerana melanggar SOP PKP berkumpul beramai-ramai di tempat awam,” katanya hari ini. 

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata pihaknya menahan 12 lelaki dan enam wanita berusia 18 hingga 84 tahun yang terbabit dalam kejadian itu, dengan dua daripadanya dibebaskan atas faktor usia. 

Kejadian jam 11.45 pagi Selasa lalu itu dilaporkan berpunca rasa tidak puas hati pengurusan dan ahli tokong dalam perbincangan dengan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) yang ingin membina pagar penghadang untuk membina jalan sebagai laluan ke sekolah.  

Susulan itu, mereka menghalang dan memecahkan mesin jentolak menggunakan kayu serta menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here