Hidupku bagai bermimpi – Zii Jia

0
1

SELEPAS mengenepikan pemain badminton nombor satu dunia dua set tanpa balas malam tadi, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyifatkan hidupnya kini bagaikan bermimpi. 

Pemain berusia 23 tahun itu beraksi agresif tetapi kemas untuk menewaskan pemain Jepun, Kento Momota straight-set 22-20, 21-19 dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland, untuk menyumbang satu-satunya mata buat Malaysia. 

Kemenangan itu menebus kekalahan Zii Jia 21-18, 21-10 kepada Momota dalam aksi peringkat kumpulan Jumaat lalu. 

Malaysia bagaimanapun gagal meneruskan kemaraan ke final apabila tewas 1-3 kepada Jepun malam tadi. 

Menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini, Zii Jia, juara All England 2021 berkata dia akan terus merendah diri namun kekal ‘laparkan’ kejayaan dalam karier badminton diceburinya. 

“Stay humble, stay focus, stay hungry. #hidupakubagaimimpi,” tulis pemain berasal dari Alor Setar itu. 

Fokus Zii Jia pastinya kini terarah kepada saingan Piala Thomas yang bakal berlangsung dari 9 hingga 17 Oktober di Aarhus, Denmark. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here