KERAJAAN menjangkakan liputan capaian internet di Sabah dan Sarawak akan mencapai 100 peratus dalam tempoh dua tahun menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi JENDELA, kerajaan berbelanja RM7.7 bilion iaitu RM3.16 bilion kepada Sabah dan RM4.09 bilion kepada Sarawak.
“Capaian internet ini perlu meliputi semuanya. Kita pernah dengar di Sabah, ada pelajar terpaksa panjat pokok untuk mendapatkan liputran ‘line’ internet.
Ada di jambatan gantung, yang kita difahamkan ada yang jatuh dalam sungai dan sebagainya.
“Saya tidak mahu lagi (perkara ini berlaku). Di bawah program JENDELA, kita akan berbelanja RM7.7 bilion, kepada Sabah dan Sarawak.
“Jadi dalam masa dua tahun, kita akan pastikan 100 peratus liputan di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam wawancara khas yang disiarkan secara langsung malam ini. – Malaysiapost

