3% lagi sempadan negeri dibuka, keadaan tambah buruk jika leka – KJ

0
1
Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin melawat Pusat Penerima Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil pada hari pertama PPV dibuka di sini hari ini.

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan rakyat supaya memahami sepenuhnya apa yang perlu dilakukan jika mempunyai tanda-tanda awal gejala Covid-19 serta langkah seterusnya apabila disahkan positif wabak itu.

Beliau berkata, ia adalah pendekatan paling penting untuk rakyat Malaysia ‘hidup bersama Covid-19’ terutama apabila sempadan negeri dibuka semula apabila jumlah populasi dewasa di negara ini mencecah 90 peratus.

“Selain SOP sedia ada (pelitup muka, penjarakan fizikal, kebersihan kendiri), ini (tindakan yang perlu dilakukan jika positif Covid-19) adalah pendekatan paling penting untuk kita ‘hidup bersama Covid-19’.

“Tinggal tiga peratus lagi dewasa perlu divaksin lengkap sebelum sempadan negeri dibuka. Keadaan akan bertambah buruk jika kita leka,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Beliau berkongsi infografik mengenai apa yang perlu dilakukan seseorang jika positif Covid-19 yang dimuat naik Kementerian Kesihatan (KKM) m menerusi laman sosial tersebut.

Menurut KKM, jika seseorang menunjukkan tanda-tanda awal gejala, antaranya segera melakukan ujian pengesanan Covid-19 yang mana kit ujian kendiri boleh dibeli di farmasi komuniti berlesen.

Dan jika sah positif, tindakan pertama perlu dilakukan ialah mengasingkan diri bagi mengelak penularan jangkitan.

Pada 22 September lalu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Setakat semalam, peratusan terkini populasi dewasa di Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 adalah 87.2 peratus atau 20,418,495 individu, iaitu hanya 2.9 peratus lagi untuk mencecah 90 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here