Azalina dilantik Penasihat Khas PM

0
1

AHLI Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia).

Perkara itu dimaklumkan Azalina menerusi satu hantaran Facebooknya hari ini.

Azalina berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas kepercayaan berkenaan.

“Terima Kasih YAB Datuk Seri Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas kepercayaan. Insya-Allah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya.

Difahamkan, Azalina menerima surat pelantikan tersebut Khamis lalu.

Sejak semalam tular ucapan tahniah kepada Azalina atas pelantikannya sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dalam media sosial.

Azalina yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah pemimpin Umno yang lantang memperjuangkan terhadap cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen.

Sebelum ini, beliau menghantar notis usul cadangan RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here