Sultan Nazrin terima manghadap Perdana Menteri

0
2

TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Perak, Kuala Lumpur.

Menerusi satu hantaran dimuatnaik di Facebook Istana Negara, mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika ini melaksanakan fungsi Yang di-Pertuan Agong sepertimana diperuntukan dalam Perkara 33 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Ia berikutan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk lawatan khas rasmi ke United Kingdom bermula 17 September lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here