Shuib dedah wajah anak bongsu Ayash Affan

0
2

PELAWAK dan suami penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib mendedahkan wajah anak bongsunya secara rasmi hari ini.

Anaknya yang diberi nama Ayash Affan itu dipaparkan dalam sebuah video berdurasi dua minit tujuh saat yang dimuat naik dalam akaun Instagram Shuib.

Dalam video tersebut, Ayash yang baru berusia sebulan lebih itu sedang nyenyak tidur di dalam sebuah katil siap dilengkapi dengan kelambu.

“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira.

“Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulisnya ringkas.

Ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan kata-kata syukur daripada orang ramai dan mereka mendoakan agar Ayash membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Anak bongsu kepada pasangan itu dilahirkan pramatang secara pembedahan pada 6 Ogos lalu selepas Siti Sarah dijangkiti Covid-19.

Tiga hari selepas melahirkan, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Kini, Shuib sedang membiasakan diri bersama empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash selepas pemergiaan isteri tercinta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here