Polis ambil keterangan Ebit Lew, Isteri

0
1

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan memberi penerangan pada sidang media selepas sesi lawatan kerja di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew telah dipanggil sekali lagi oleh Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung kes gangguan seksual mengaitkan dirinya, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang mengesahkan perkara itu berkata, Ebit hadir bersama isterinya bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelak sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, polis telah membuka satu kertas siasatan ekoran video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ekoran penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew sebelum ini telah dipanggil untuk merakam keterangan percakapannya di Bukit Aman pada Ogos lalu.

Siasatan membabitkan Ebit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here