Najib nafi beliau, keluarga punca kerosakan Seri Perdana

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hari ini menafikan tuduhan bahawa kerosakan yang berlaku di kediaman rasmi Kompleks Seri Perdana, Putrajaya adalah disebabkan beliau dan keluarganya.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, tuduhan tidak berasas itu dibuat sebuah page pro-PN Otai di Facebook, dengan mendedah beberapa gambar Seri Perdana dengan keadaan lantai yang basah.

Najib berkata, namun sudah jelas jelas ditulis bahawa keadaan itu berlaku akibat hujan lebat pada November 2020, sedangkan beliau sudah lebih tiga tahun meninggalkan kediaman rasmi itu.

“Dengan mendedahkan beberapa gambar keadaan Seri Perdana dengan lantai yang basah, page pro-PN Otai tuduh saya dan keluarga saya banyak merosakkan Seri Perdana.

“Tapi jelas di sana bahawa ianya tertulis keadaan tersebut berlaku akibat hujan lebat pada November 2020.

“Saya tak tinggal di sana sejak lebih 3 tahun dahulu. Jadi bagaimana pula saya dikatakan bertanggung jawab atas keadaan dalam gambar-gambar bulan November 2020 pulak?,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Najib berkata, page berkenaan juga mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan barang-barang miliknya yang dipindah keluar.

“Jelas kelihatan bahawa hampir kesemuanya adalah kotak-kotak yang tidak besar untuk simpan cenderahati (ratusan yang saya pernah terima selepas 9 tahun).

“Hadiah, buku-buku (ya, sesiapa yang pernah lawat di sana saya masa saya PM tahu bahawa saya ada koleksi buku yang agak besar di mini library sana masa itu) dan barang-barang sederhana kecil – bukanlah perabot-perabot besar atau mahal,” katanya.

Jelas Najib lagi, perabot-perabot yang dipindahkan juga jelas kelihatan usang dalam gambar-gambar yang didedahkan itu.

“Lalu page Otai tuduh Seri Perdana seperti berhantu sebab keluarga saya pernah tinggal di sana,” katanya.

Najib berkata, beliau pernah difitnah DAP pada 2010 akibat salah faham terhadap bajet 2011 berhubung dakwaan kerja ubahsuai membabitkan kos RM65 juta, namun ia tidak berlaku.

“Sekiranya sahih, cerita bahawa ‘Najib belanja RM65 juta untuk renovate Seri Perdana’ akan diulang-ulang mereka selama bertahun-tahun lamanya tapi ini tidak berlaku.

“Sebaliknya, tuduhan itu terhenti sahaja masa itu. Jadi, jangan fitnah saya lagi berhubung tohmahan RM65 juta itu,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, kediaman rasmi Perdana Menteri, akan rosak lebih teruk jika tidak dibaik pulih.

Kerja membaik pulih kompleks berkenaan adalah bagi memulihara bangunan milik kerajaan yang menjadi lambang institusi ketua kerajaan dan imej negara kepada keadaannya yang asal.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika tidak dibaik pulih segera, bangunan warisan kerajaan itu akan mengalami kerosakan yang lebih teruk pada masa hadapan dan kos membaik pulih akan meningkat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here