SEORANG lelaki disyaki dalang utama kes pembunuhan seorang wanita warga asing yang ditemui maut dalam keadaan berbogel dekat sebuah kedai makan di Taman Rinching, Semenyih baru baru ini berjaya ditahan.
Suspek warga asing berusia 40 tahun ditahan pada jam 10 malam tadi ketika cuba bersembunyi di sebuah rumah dekat Bandar Baru Bangi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, hasil soal siasat ke atas suspek mendapati punca awal kes pembunuhan itu adalah bermotifkan cinta tiga segi.
“Turut ditahan semalam ialah seorang lagi individu bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan ini,” katanya hari ini.
Dua hari lalu, polis menahan empat 4 lelaki termasuk seorang warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Pada 28 September lalu, wanita warga Indonesia berusia 50-an ditemui mati tidak berpakaian dan diselimuti kain dalam kedai makan di Bandar Rinching, dipercayai dibunuh. – Malaysiapost
saksi di tempat kejadian, kali terakhir mangsa dilihat adalah pada Sabtu lalu ketika berniaga di kedai makan tersebut. – Malaysiapost

