Labuan, Negeri Sembilan hampir capai 100% populasi dewasa lengkap vaksinasi

0
2
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam adalah 86.3 peratus membabitkan 20,255,398 individu lengkap vaksinasi.

Manakala yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah 94.2 peratus atau 23,540,977 individu menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam adalah 43,696,743 dos.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Twitter, jumlah dos vaksin yang diberikan semalam adalah 329,163 dos.

Sebanyak 167,433 dos adalah dos satu daripada dua dos dan 161,720 dos lengkap.

Peratusan populasi keseluruhan di Malaysia yang lengkap vaksinasi adalah 62 peratus, manakala yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah 72.1 peratus.

Jumlah populasi dewasa di Lembah Klang yang lengkap vaksinasi kini melebihi 100 peratus iaitu 110.9 peratus, diikuti Labuan (98.6), Negeri Sembilan (97.3), dan Perlis 91.5 peratus.

Sarawak juga mencatatkan peratusan populasi dewasa lengkap vaksinasi yang tinggi iaitu 89.5 peratus, manakala Melaka (87.7), Terengganu (84.8), Pulau Pinang (83.2) dan Johor 81.2 peratus.

Negeri merekodkan kadar vaksinasi lengkap lebih 70 peratus bagi populasi dewasa adalah Pahang dan Kedah masing-masing 74.2 peratus, Perak (72), dan Kelantan (70.6).

Manakala, Sabah mencatatkan 60.3 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here