Zoo Negara dibuka semula mulai esok

0
1

BERITA baik buat penduduk di sekitar Lembah Klang apabila Zoo Negara akan dibuka semula kepada pengunjung bermula esok.

Zoo Negara menerusi hantaran di laman Facebook berkata, orang ramai jangan melepaskan peluang untuk mendapatkan promosi potongan sebanyak 20 peratus bagi 500 pengunjung terawal secara ‘walk-in’.

‘Ya, ini bukan mimpi. Zoo Negara Malaysia akan dibuka semula pada 1 Oktober 2021 ini. Bawa keluarga, dan rakan- rakan ke sini untuk melawat semua haiwan kesayangan anda,” katanya.

Menurutnya, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian dan tempahan tiket boleh layari laman sesawang www.zoonegaramalaysia.my.

Sebelum ini, Zoo Negara kembali dibuka kepada pengunjung bermula 5 Mac lalu, setelah ditutup tujuh bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun ia dilaporkan ditutup semula susulan pelaksanaan PKP 3.0 serta total lockdown dan Fasa Satu PPN.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih daripada Fasa Dua ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuatkuasa 1 Oktober ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here