SERAMAI 35 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Pokok Machang dalam daerah Padang Terap, Kedah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi.
Kawasan rumah penduduk dinaiki air akibat limpahan Sungai Padang Terap selepas hujan lebat berpanjangan sejak jam 6 petang.
Difahamankan, kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tampoi yang dibuka pada jam 8 malam, lapor Kosmo Online.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, hujan lebat mulai jam 6 petang menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air akibat limpahan Sungai Padang Terap.
“Sebanyak tujuh rumah di Kampung Pokok Machang dalam Mukim Padang Temak terlibat dalam kejadian banjir ini.
“Seramai 35 mangsa telah dipindahkan ke PPS SK Bukit Tampoi,” katanya dalam satu kenyataan. – Malaysiapost

