Tarik lesen warga emas bukan cadangan Presiden MCA – Zahid

0
1

ORANG ramai mungkin tersalah faham berhubung isu lesen memandu melibatkan warga emas.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan menerusi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong tidak pernah memutuskan untuk menarik balik lesen memandu warga emas.

“Saya dapati ramai tersalah faham berhubung isu lesen memandu warga emas ditarik balik.

“Pertama sekali ia bukan dibangkitkan oleh Presiden MCA (Ka Siong). Beliau cuma menjawab kepada cadangan dikemukakan oleh seorang pegawai kanan polis.

“Sebenarnya perkara ini cuma berkisar tentang pandangan dan pendapat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid menambah, Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan belum pernah menyatakan sebarang persetujuan berhubung cadangan itu.

“Menteri Pengangkutan sebaliknya menyatakan cadangan itu perlu dilihat secara meluas dan holistik termasuk keperluan untuk mobiliti dan faktor sosio-ekonomi lain yang perlu dipertimbangkan.

“Menurut Menteri Pengangkutan, menarik balik atau mengehadkan lesen harus jadi pilihan terakhir, iaitu setelah seseorang individu termasuk warga emas terbukti tiada lagi keupayaan untuk memandu,” katanya.

Katanya lagi, semua pihak berhak mengemukakan pandangan dan pendapat berdasarkan justifikasi masing-masing.
\
“Namun pada akhirnya pembuat dasar akan menentukan berdasarkan kesusaian dan kewajaran,” katanya. – Malaysiapost

Minggu lalu, Ketua Polis Negara Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata cadangan menghadkan lesen memandu kepada warga emas adalah cadangan peribadi disuarakan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here