SPR pamer maklumat 5.8 juta bakal pengundi

0
2

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) akan diadakan pada 1 sehingga 31 Oktober 2021.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak kenyataan berkata, SPR memaklumkan bagi tujuan itu, pihaknya akan mempamerkan maklumat bagi sejumlah 5.8 juta bakal pemilih dan memberi peluang kepada mereka untuk menyemak dan mengesahkan rekod mereka dengan SPR.

Katanya, urusan SPPA boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu aplikasi MySPR SPPA di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my; atau hadir ke 594 tempat semakan di seluruh negara dan mengimbas Kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.

“Dalam tempoh SPPA ini, mana-mana warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat dan membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

“Justeru, SPR menyeru kepada 5.8 juta bakal pemilih berumur 18 tahun ke atas untuk menyemak dan mengesahkan maklumat mereka dengan SPR.

“Sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat dipaparkan, bakal pemilih dinasihatkan untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya 31 Oktober 2021,” katanya hari ini.

Menurut Ikmalrudin, orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai SPPA boleh hubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau layari portal www.spr.gov.my. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here