Penyokong dibenarkan hadir tonton aksi sukan, rekreasi – PM

0
1

KERAJAAN membenarkan kehadiran penonton atau penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa Dua, Tiga dan Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kehadiran meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi dengan syarat penonton atau penyokong telah menerima vaksinasi lengkap.

Selain itu, katanya, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium.

“Kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here