
MAJLIS rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan bengkel, dibenarkan di negeri Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu mesti mematuhi syarat tetamu telah menerima vaksinasi lengkap dan kapasiti 50 peratus ruang premis, manakala 100 peratus kapasiti penuh bagi Fasa Empat.
“Bagi individu yang belum divaksin, perlu menjalani pre-event test menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir dengan disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan.
“Kerajaan juga memutuskan untuk membenarkan pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional (TVET) dan sebagainya di semua fasa.
“Ia mestilah dengan mematuhi SOP selaras pembukaan institut pengajian tinggi (IPT), berkuatkuasa 15 Oktober 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost
