Nam Ron sedia berbogel di laman sosial jika…

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1632920933026","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

KURANG senang dengan syarat beberapa produksi drama televisyen dalam pemilihan pelakon, menjadi punca Nam Ron tampil separuh bogel di Instagram miliknya.

Seakan menyindir, pelakon versatil itu melakukan demikian kerana dikatakan boleh menarik ramai warga maya menjadi pengikutnya di Instagram.

Katanya, tujuan dia berkongsi gambar tersebut adalah dalam misi menyahut cabaran sebuah syarikat penerbitan drama televisyen yang mahu para pelakon membintangi drama mereka mestilah mempunyai pengikut di Instagram lebih satu juta.

“Menyahut cabaran tv station dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang-kurang 1 juta pengikut di medsos (media sosial). Road to 1 million followers,” tulisnya.

Ketika ini, pelakon yang telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang seni hanya memiliki 107,000 pengikut di Instagram dan 51,000 di Twitter.

Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan turut bergurau akan berkongsi foto bogel sepenuhnya sekiranya ‘misi’ itu tercapai sebelum 2022.

“Foto bogel penuh akan disiarkan sekiranya sasaran tercapai sebelum 2022,” kata pengarah filem One Two Jaga itu.

Selain peminat, hantaran tersebut turut mendapat respon daripada rakan-rakan selebriti seperti Nabila Huda, Shamsul Ghau-Ghau, Sharifah Amani serta ramai lagi.

Terdahulu, media melaporkan, penerbit terkenal Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Hj Zil mendedahkan sebuah syarikat penstriman televisyen telah mengenakan syarat untuk produksinya mengambil pelakon yang mempunyai 1 juta pengikut di Instagram.

Jelas Hj Zil, dia menghormati serta memandang positif akan permintaan syarikat tersebut selain menegaskan syarat tersebut bukan dikenakan secara peribadi oleh produksinya, Zeel Production House. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here