KLUSTER tempat kerja merekodkan jumlah terbanyak dikesan hari ini dengan sembilan kluster Covid-19 daripada 15 kluster yang dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster tempat kerja yang dilaporkan adalah empat di Johor, dua di Kelantan, manakala masing-masing satu di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.
Katanya, Kelantan merekodkan jumlah kluster komuniti terbanyak hari ini.
“Kelantan mencatatkan empat kluster, manakala Pahang dan Sabah masing-masing satu kluster.
“Susulan penambahan 15 kluster baharu, jumlah kluster aktif kini sebanyak 1,124 kluster, manakala sebanyak 4,338 kluster adalah kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 12,434 kes berbanding semalam, 11,332 kes sekali gus diatasi 17,000 kes sembuh yang dilaporkan, manakala 979 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 565 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

