KKMM beri tumpuan tangani jurang digital di Sarawak

0
1

[PARLIMEN] KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memberi tumpuan utama kepada Sarawak bagi menyelesaikan masalah akses internet dan telekomunikasi khususnya kawasan pedalaman.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata setakat ini liputan 4G di negeri terbabit hanya berada pada 80.84 peratus berbanding di peringkat nasional 94 peratus.

Beliau memberi perincian perancangan KKM di salah satu kawasan di negeri berkenaan iaitu di Parlimen Julau yang akan mula dilaksanakan bulan depan.

“Capaian internet di Julau hanya pada tahap 27.34 peratus jadi terdapat jurang yang besar antara kawasan berkenaan dengan Sarawak apatah lagi di peringkat nasional.

“Kerajaan telah mengatur satu program besar di kawasan Julau dengan membina 47 menara telekomunikasi baharu iaitu,” katanya dalam hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Julau Larry Soon yang bertanyakan apakah pelan perancangan KKMM dalam memastikan akses internet dan telekomunikasi mampan di Sarawak terutama di kawasan Parlimennya.

Annuar turut memaklumkan sebanyak 38 stesen telekomunikasi yang akan dinaiktaraf dengan tiga telah siap dan selebihnya sedang dilaksanakan.

“Selain daripada itu premis tersedia gentian optik akan ditingkatkan sebanyak 315 lagi dengan 226 daripadanya sudah siap.

“Oleh kerana Julau kawasan pendalamam dan banyak kawasan jauh dari bandar serta tempat tinggal yang terasing menyukarkan pembinaan menara, maka jalur lebar satelit perlu diadakan dengan 46 projek khidmat melalui jalur lebar satelit sedang dilaksanakan.

“Akses internet juga akan disalurkan ke 35 sekolah di Julau,” katanya.

Beliau berkata, kesemua perancangan itu akan dimulakan bulan depan dan berharap dapat disiapkan sebelum akhir tahun depan agar capaian 4G setara atau hampir setara dengan peringkat nasional.

Sementara itu, kementerian juga sudah melancarkan portal Jalinan Digital Negara (Jendela) bulan lalu bagi membolehkan orang awam dapat melaporkan secara terus mengenai masalah sekaligus tindakan susulan dapat dilakukan.

“Bagi perincian mengenai perancangan di semua kawasan Parlimen lain pula senarainya akan diberikan kepada setiap Ahli Parlimen.

“Segala perancangan termasuk berapa banyak menara baru telekomunikasi dibina, dinaiktaraf dan sebagainya dinyatakan dalam senarai itu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here