Tengok boleh, tapi jangan promosi Squid Game – PU Rahmat

0
1

UMAT Islam dinasihatkan agar memberhentikan promosi Squid Game, siri popular yang sedang ditayangkan di Netflix.

Pencetus Ummah (PU) Rahmat berkata, meskipun drama bersiri berasal dari Korea Selatan itu memaparkan jalan cerita menarik, namun ia memberi pengaruh tidak baik apatah lagi menonjolkan adegan seks separuh bogel dan perkara haram lain.

Apa yang membimbangkan, katanya, Squid Game boleh mempengaruhi kanak-kanak di bawah umur apabila menonton siri tersebut.

Bagaimanapun, PU Rahmat tidak menghalang orang ramai untuk menonton siri itu, cuma berharap ia tidak dipromosikan oleh umat Islam.

“Nak tengok tu, tengoklah sebab masing-masing dah dewasa tapi jangan pula kalian mempromosikan secara tak langsung sebab follower kalian bukan semuanya orang dewasa,” katanya di Instagram, hari ini.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut bersetuju dengan pendapatnya itu, malah ada mengatakan mereka yang dewasa pun turut malu melihat adegan tidak senonoh siri berkenaan.

Siri Squid Game menjadi fenomena ketika ini yang mengisahkan acara pertandingan permainan kanak-kanak popular di Korea yang disertai oleh 456 peserta.

Keseluruhannya peserta yang menyertai pertandingan itu mempunyai hutang tertunggak dan hampir gagal dalam hidup.

Tanpa menyedari nyawa mereka terancam setelah menyertai acara itu, kebanyakannya tetap sertai selepas melihatkan jumlah wang tunai yang bakal dimenangi.

Squid game memaparkan peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang seperti orang tua, gadis terdesak, pasangan suami isteri, lelaki berhutang dan sebagainya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here