Tarik balik tambahan cabutan khas atau berdepan tentangan lebih hebat

0
1
kredit: harakah daily

[PARLIMEN] KERAJAAN digesa menarik semula langkah meluluskan tambahan cabutan khas nombor ramalan bagi tahun ini, jika tidak mahu berdepan dengan tentangan hebat di dalam dan luar Dewan Rakyat 

Amaran itu dibuat Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang menegaskan judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat. 

“Tak perlu kerajaan meningkatkan cabutan judi. Ini satu langkah terbalik, kita nak perkenalkan keharmonian kehidupan rakyat, tiba-tiba kita naikkan kadar cabutan judi daripada lapan kali kepada 22 kali setahun. 

“Walaupun ada hujah mengatakan bahawa pendapatan daripada judi ini untuk kegunaan tertentu, walau apa hujah, judi tak boleh dinaikkan kadar cabutan. 

“Saya berdiri di sini hari ini dan menegaskan kerajaan wajib tarik balik langkah ini sebelum berdepan tentangan lebih hebat sama ada di dalam atau luar dewan,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. 

Ahmad Fadhli berkata, banyak lagi cara lain boleh dilakukan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan negara termasuk menggunakan tanah di kawasan tertentu untuk dibangunkan. 

“Mungkin kita boleh fikir dan pindahkan sebahagian institusi pengajian di ibu kota Kuala Lumpur, contohnya UM (Universiti Malaya), ke lokasi lain dan tanah tersebut boleh dibangunkan. 

“Mungkin apa saya sebut ini tak popular dan tak disenangi oleh alumni UM, termasuk Ahli Parlimen Bera, tapi kerajaan mungkin boleh pertimbang. 

“Tiada keperluan lagi institusi pengajian berada di tengah bandar, ia boleh berada di negeri-negeri lain yang kita boleh rangsang ekonomi di tempat lain,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here