Polis siasat kebocoran data peribadi JPN

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1632827282479","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kebocoran data peribadi awam yang didakwa berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN).  

Ia susulan satu laporan dibuat oleh Timbalan Pengarah JPN di Balai Polis Percint 7, Putrajaya pada 27 September lalu.  

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Mat Din berkata, PDRM membuka kertas siasatan hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi menyiasat lanjut serta mengesahkan sama ada berlaku penggodaman atau tidak. 

Bagaimanapun Mohd Kamarudin tidak menafikan penglibatan orang dalam berhubung insiden pembocoran dan penjualan data tersebut seperti tular di media sosial. 

“Kita akan siasat sistem JPN dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengenal pasti di mana kebocoran data awam itu berlaku,” katanya dipetik Utusan Malaysia.   

Mohd Kamarudin berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan pasukan bahagian Teknologi Maklumat JPN selain melakukan perbincangan bagi mengenal pasti punca kebocoran data.  

Katanya, satu pasukan akan diwujudkan untuk menyiasat jenayah siber tersebut melibatkan data peribadi awam JPN .  

“Kita akan mendapatkan kerjasama semua pihak antaranya Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).  

“Kita buat tindakan awal menyekat segera penjualan data peribadi daripada terus berlaku memandangkan ia data kita semua untuk mengelak keadaan bertambah teruk.  

“Pada masa sama, kerjasama NACSA sangat diperlukan untuk JSJK supaya sama-sama mencari jalan dan mengenal pasti sistem terbaik untuk memperketatkan lagi kawalan sistem pengkalan data supaya tidak mudah ditembus dan digodam,” katanya.  

Setakat ini Mohd Kamaruddin menjelaskan, pihaknya belum mengenal pasti sebarang suspek awal dalam kes tersebut.  

“Siasatan akan mengambil sedikit masa lagi dan kita memulakan siasatan, semua boleh menjadi suspek dan kita tidak boleh menafikan penglibatan orang dalam,” katanya.   

Terdahulu, sebuah forum perbincangan Digital lowyat.net mengeluarkan maklumat kononnya pangkalan data JPN ketika ini tersenarai untuk dijual dalam forum pasaran pangkalan data terkemuka dengan harga kira-kira RM35,500 merangkumi empat juta data peribadi awam rakyat Malaysia yang lahir dari tahun 1979 hingga 1998.  

Penjual itu turut mendakwa pangkalan data tersebut mempunyai empat juta data pengguna awam yang diperoleh dari laman web LHDN menerusi Application Programming Interfaces (API) yang diwujudkan untuk sistem myIdentity. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here