Lori terbakar, pemandu J&T rentung

0
1

SEORANG lelaki yang juga pemandu J&T rentung selepas lori dipandunya terbabas berhadapan RTM Johor Bahru, Jalan Tasik Utara-Larkin, hari ini.

Pemandu lori terbabit, Muhammad Mustaqim Ismandi, 23, maut dalam kejadian 11.46 pagi itu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba Suhaimi Jamal berkata, kebakaran melibatkan sebuah lori J&T Express lima tan di lokasi kejadian.

Katanya, nahas itu menyebabkan mangsa tersepit dan rentung di dalam lori dipandunya.

“Anggota bomba membuat pemadaman dan cuba mengeluarkan mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Kosmo! melaporkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba mengelak kon di atas jalan dan terbabas melanggar pokok di bahagian tengah jalan.

Orang awam dilihat cuba membantu untuk memadamkan kebakaran tersebut bagi menyelamatkan mangsa, namun api marak dengan cepat. – Malaysiapost

Kredit Foto: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here