Kereta terbalik di lereng bukit ketika asyik memadu asmara

0
1

HAJAT sepasang kekasih memadu asmara terbantut apabila kereta mereka terbalik di lereng bukit di Derbyshire, United Kingdom.

Lelaki yang dikenal pasti sebagai Brad Sadler, 18, berkata, dia dan kekasihnya parkir kenderaan berdekatan restoran makanan segera untuk melakukan hubungan intim.

Menurut laporan The Sun, Sadler dan pasangannya itu kemudiannya melompat ke kerusi bahagian belakang dan melakukan hubungan seks tanpa menyedari brek tangan kereta jenis Toyota Yaris itu sudah rosak.

Akibatnya, kereta tersebut tiba-tiba meluncur turun ke tepi bukit sebelum terbalik.

Sadler berkata, dia dan kekasihnya terperangkap selama 15 minit sebelum dua pejalan kaki melalui kawasan itu dan menemui mereka.

Dia kemudiannya menyerahkan kunci keretanya kepada individu tersebut dan pasangan itu keluar melalui bonet kereta dalam keadaan telanjang.

Remaja itu terpaksa menghabiskan masa selama 10 minit untuk mencari pakaiannya semula.

Polis Derbyshire menjelaskan mangsa tidak mengalami kecederaan dan kejadian yang sangat melucukan itu kali pertama berlaku di kawasan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here