Guru tuisyen rugi RM57,850 ditipu ‘pegawai bank’

0
1
kredit utusan

SEORANG guru tuisyen rugi RM57,850 selepas diperdaya ‘pegawai bank’ yang memintanya mendedahkan maklumat perbankannya kononnya bagi siasatan kes penipuan e-dagang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak lelaki berusia 57 tahun itu dikatakan menerima pesanan ringkas (SMS) pada 22 September lalu untuk mengesahkan pembelian barang melalui dalam talian berjumlah RM3,800.

Menurutnya, mangsa kemudiannya menghubungi pegawai bank berdasarkan nombor dalam mesej itu bagi menafikan ada membuat pembelian dan diminta mendedahkan maklumat akaun serta kod pengaktifan transaksi (TAC) kononnya bagi siasatan.

“Dua hari kemudian mangsa menyedari terdapat transaksi pindahan wang dari akaun miliknya kepada tiga akaun pihak ketiga dan juga pindahan kepada akaun e-wallet Touch n Go dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM57,850,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Mahidisham berkata susulan itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada 24 September lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan sentiasa menyemak
terlebih dahulu kesahihan apabila menerima SMS daripada pihak bank.

“Tindakan menyalurkan maklumat perbankan dan TAC kepada pihak ketiga akan menyebabkan akaun bank terdedah kepada penggunaan tidak sah,” katanya. -Malaysiapost

Kredit Foto: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here