Bayi baru lahir lemas dalam lubang tandas

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1632747203844","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

BAYI lelaki yang baru dilahirkan meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dalam lubang tandas dalam kejadian di Sekinchan, Selangor, hari ini.

Ibunya yang berusia 37 tahun dan usia kandungan kira-kira tujuh bulan dikatakan secara tidak sengaja melahirkan ketika hendak membuang air besar di tandas berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 4.03 petang.

“Bomba kemudian memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan bayi tersebut yang mengambil masa 10 minit.

“Pasukan perubatan kemudian mengesahkan bayi itu meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Hafisham memberitahu, ibu mangsa dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan lanjut. – Malaysiapost

Kredit Foto: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here