‘Usah jadikan farmasi penjual tunggal kit ujian kendiri Covid-19’ – Najib

0
1
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata farmasi tidak boleh menjadi satu-satunya sahaja tempat untuk membeli kit ujian kendiri Covid-19.

Ahli Parlimen Pekan itu, berkata kit ujian berkenaan patut diedar di mana-mana pasar raya, 7-eleven serta kedai runcit bagi memudahkan rakyat sekali gus menggalakkan persaingan yang lebih meluas untuk menurunkan harga.

“Memang benar bahawa farmasi adalah tempat terbaik untuk membeli kit ujian kendiri Covid sebab ahli farmasi akan dapat mendidik masyarakat.

“(Termasuk) mengenai kaedah penggunaan, penyimpanan dan pelupusan kit-kit berkenaan, serta mengambil tindakan susulan dan menyediakan kaunseling setelah keputusan diperolehi,” katanya menerusi Facebook.

Najib berkata, namun permintaan terhadap kit ujian kendiri itu akan menjadi lebih besar dan ia juga akan menjadi beban kos bulanan bagi setiap rumah tangga dan perniagaan pada zaman norma baharu ini.

“Sebab itu, farmasi tidak boleh menjadi satu-satunya sahaja tempat untuk membeli kit ujian.

“Pembelian online secara terus dari pengedar dan pengeluar juga patut dibenarkan seperti pernah disenarai dalam applikasi MySejahtera.

“Nasihat dan panduan penggunaan kit perlu diberi dalam bentuk video-video tutorial oleh pengedar dan pengeluar masing-masing,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, farmasi adalah tempat terbaik untuk membeli kit ujian kendiri Covid-19, susulan aduan daripada ahli farmasi bahawa kit tersebut dijual di platform beli-belah dalam talian.

Khairy berkata, ahli farmasi akan dapat mendidik masyarakat mengenai kaedah penggunaan, penyimpanan dan pelupusan kit-kit berkenaan, serta mengambil tindakan susulan dan menyediakan kaunseling setelah keputusan diperolehi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here