Mohd Zainal Zamzuri
PANTAI Redang di Sekinchan, Selangor antara lokasi tumpuan warga Lembah Klang untuk bersantai bersama keluarga pada cuti hujung minggu.
Jumlah pengunjung meningkat mendadak susulan kelonggaran rentas daerah dibenarkan bagi penduduk di Lembah Klang yang lengkap divaksinasi.
Pantai Redang terletak kira-kira 100 kilometer dari ibu negara yang mengambil masa kira-kira sejam setengah perjalanan.
Selain menikmati keindahan pantai, antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah bermain layang-layang. – Malaysiapost







