MEDAC tumpu empat golongan sasar yang terjejas pandemik – Noh

0
1

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan memberi tumpuan kepada empat kumpulan sasar yang pada masa ini terjejas ekoran pandemik Covid-19, kata Menterinya, Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata, empat kumpulan sasar itu adalah usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), golongan yang diberhentikan kerja dan mahasiswa yang tiada pekerjaan tetapi ingin menjadi usahawan serta koperasi.

“Semalam saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2021 yang diadakan secara maya dengan menghimpunkan 920 perwakilan individu dan koperasi di seluruh negara.

“Kementerian akan terus merancang pelan tindakan bagi melahirkan ‘bangsa usahawan’ menerusi kerjasama pelbagai institusi dan agensi khususnya di bawah MEDAC,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Noh dilaporkan berkata ianya adalah inisiatif MEDAC sebagai menzahirkan pencapaian seawal tempoh 100 hari pertama dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan dan koperasi yang secara tidak langsung akan membina ‘Keluarga Malaysia’ yang inklusif agar kemakmuran boleh dinikmati semua pihak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here