
JANGKITAN harian Covid-19 di Malaysia menunjukkan penurunan dengan 13,899 kes direkodkan hari ini, berbanding 14,554 kes semalam.
Berdasarkan data yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Facebook rasminya, jumlah kes Covid-19 yang direkodkan di Malaysia setakat hari telah mencecah 2,185,131 kes.
Sarawak merekodkan jangkitan harian paling tinggi iaitu 2,712 kes, diikuti Selangor 2,341 kes.
Manakala Johor pula merekodkan kes baharu Covid-19 sebanyak 1,377 kes, Kelantan (1,170), Perak (1,128), dan Pulau Pinang (1,060).
Tujuh negeri telah merekodkan jangkitan harian Covid-19 tiga angka iaitu Sabah 962, Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Melaka (339), Kuala Lumpur (310) dan Negeri Sembilan (194).
Sementara itu Putrajaya telah merekodkan kes baharu Covid-19 sebanyak 37 kes, Perlis 17 kes dan Labuan hanya lima kes. – Malaysiapost
