Cadangan hadkan lesen memandu warga emas belum dibincang – KPN

0
1

KETUA Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata cadangan supaya lesen memandu bagi warga emas dihadkan belum dibincangkan secara mendalam.

Beliau berkata, cadangan itu adalah bersifat peribadi Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Azisman Alias.

Katanya, pengenalan kaedah keselamatan baharu hanya akan dilaksanakan selepas menjalani proses kajian serta diputuskan implementasinya oleh kesemua pihak berkepentingan.

“Saranan itu merupakan cadangan peribadi beliau di peringkat dalaman JSPT sahaja dan belum dibincangkan secara dalaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Acryl menjelaskan, JSPT sebagai jabatan yang terlibat dalam memastikan keselamatan jalan raya, sentiasa melihat kaedah-kaedah meningkat keselamatan demi kepentingan masyarakat.

Semalam, media melaporkan JSPT mengesyorkan syarat khas dikenakan untuk pemegang lesen memandu dalam kalangan warga emas sebelum mereka dibenarkan memperbaharui dokumen itu.

Cadangan itu akan memperkenalkan syarat khas untuk tujuan menjaga keselamatan golongan berkenaan sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Azisman dilaporkan berkata, keadaan kesihatan tubuh badan juga menjadi antara faktor kemalangan dengan penyakit seperti ‘alzheimer’ dan masalah mata akan dihadapi warga emas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here