Lima butiran MoU telah dilaksana kerajaan

0
1

MEMORUNDUM Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan perkembangan positif apabila lima butirannya telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang memaklumkan setakat semalam, terdapat sekurang-kurangnya lima perkara telah diumum akan dilaksanakan kerajaan.

“Pengecualian bayaran faedah moratorium pinjaman bank pada 14.9.2021, mempercepat Undi 18 dan pendaftaran automatik pada 21.9.2021, penambahan RM45 bilion Dana Covid-19 pada 14.9.2021.

“Peruntukan sama rata Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada 23.9.2021 dan pelaksanaan RUU Anti-Lompat Parti atau undang-undang berkenaan pada 23.9.2021,” kata Pengarah Komunikasi PKR itu menerusi Facebooknya hari ini.

Pada 13 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani MoU dengan empat wakil ketua-ketua parti PH, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim; Lim Guan Eng; Mohamad Sabu; serta Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Berdasarkan butiran MoU itu, ia berkuat kuasa dari tarikh perjanjian dimeterai semalam hingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14.

MoU itu antara lain memperincikan enam transformasi utama Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here