Gangguan seksual: Serahkan kepada polis siasat agamawan

0
1

GOLONGAN agamawan dan berpengaruh tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika terbukti terlibat dalam jenayah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, mana-mana individu akan dihadapkan ke muka pengadilan jika terbukti melakukan kesalahan jenayah.

Justeru, beliau menasihatkan masyarakat terutama umat Islam kekal bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut berhubung kes yang dikaitkan dengan seorang pendakwah terkenal.

Bagaimanapun, katanya, perbuatan menghukum seseorang berdasarkan maklumat yang tersebar di media sosial mahu pun menerusi khabar angin adalah langkah tidak wajar.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kerana tidak wajar kita mendahului keputusan mahkamah dalam soal menghukum melalui sebaran maklumat tertentu,” katanya dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

Selasa lalu, pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung menerusi platform di saluran Telegram, tampil mendedahkan bukti daripada mangsa serangan seksual pendakwah terkenal berkenaan.

Tindakan itu mencuri tumpuan netizen dan rata-ratanya berharap siasatan telus serta adil dijalankan oleh pihak polis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here