Sanusi dedah 3 dokumen pemindahan wang MBI

0
2

MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mendedahkan terdapat tiga dokumen berkaitan pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah ke akaun bank di luar negara yang berlaku pada tahun 2014.

Menurutnya, berdasarkan kepada dokumen terbabit berlaku empat transaksi pemindahan wang berjumlah RM13 juta ke dalam akaun Barclays Bank, pertama sebanyak RM3.29 juta, kedua RM3.31 juta, ketiga RM3.30 juta dan terakhir RM3.27 juta.

Muhammad Sanusi berkata, butiran terperinci dokumen berkenaan tidak boleh didedahkan kerana menjadi bahan bukti siasatan pihak berkuasa.

“Saya tak boleh dedah terlalu banyak, kelak ganggu siasatan.

“Saya harap pihak berkuasa dapat jalankan siasatan secara adil dan telus dan jika berlaku pecah amanah atau salah guna kuasa termasuk apa sahaja yang menyalahi akta, tindakan perlu diambil,” katanya dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti perbuatan itu menyalahi perundangan dan berharap wang itu dapat dikembalikan semula kepada MBI jika transaksi berkenaan tidak sah.

Mengulas pembelian beg dan kuih raya mencecah RM1.3 juta yang turut didedahkannya pada Selasa, Muhammad Sanusi berkata, beliau turut memiliki dokumen berkenaan dan ia bukan tuduhan tidak berasas.

“Dokumen itu ada, mungkin (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) yang tak tahu sebab dia kata tidak perlu tahu semua perkara, serah kepada penasihat. Kalau kita tak ambil tahu semua perkara, ada penasihat buat kerja luar, jadilah ‘punah sihat’ menasihati perkara yang tidak betul,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here