ENAM kawasan di Shah Alam mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat insiden paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, bermula jam 10 malam tadi.
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), enam kawasan terbabit adalah di Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25.
“Kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada jam 6 pagi esok dan bekalan akan disalur secara berperingkat dan pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari esok,” katanya dalam satu kenyataan media.
Pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasinya, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk maklumat lanjut
Pertanyaan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.- Malaysiapost

