‘Abang akan terus memegang tanganmu sehingga dapat reda Allah’ – Ebit

0
1

WALAUPUN diasak dengan pelbagai kontroversi, pendakwah dermawan Ebit Lew kekal tenang mengucapkan syukur dan kata-kata indah kepada isteri tersayang.

Sering kali menyifatkan isterinya sebagai ‘bidadari’, Ebit menerusi ciapan di laman Twitter bersyukur kerana ditemukan dengan teman hidupnya itu.

“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana. Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini,” ciap Ebit.

Katanya, manusia akan rasa bahagia di hati apabila bersyukur dengan nikmat rezeki yang dikurniakan serta mengenal Allah SWT.

“Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat reda Allah,” katanya dalam ciapan berbeza.

Sementara itu, dalam ciapan lain, Ebit atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, hidup ini hanya untuk Allah sayang dan mendapat keredaanNya.

“Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan. Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat 8 bilion manusia seluruh Alam. Kita tak datang dalam dunia,” katanya lagi.

Pendakwah itu kebelakangan ini terpalit kontroversi termasuk disiasat polis susulan dakwaan berhubung kes gangguan seksual.

Yang terbaharu, pendedahan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkenaan rakaman suara dan tangkap layar perbualan lucah yang dikatakan milik Ebit Lew.

Menurut Firdaus, pendedahan itu dibuat berdasarkan kiriman serta permintaan daripada mangsa sebagai kesedaran kepada masyarakat.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here