PDRM sahkan siasat dakwaan Najib terhadap LHDN

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan satu siasatan sedang dijalankan berhubung laporan polis yang dibuat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Kamarudin Md Din, berkata siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

“Semua pihak yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa yang terdekat.

“Orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, PDRM akan memastikan siasatan dijalankan secara adil dan saksama selaras dengan peruntukan undang-undang ditetapkan. 

Najib pada 8 September lalu, membuat laporan polis terhadap LHDN selepas menerima maklumat pegawai agensi berkenaan menerima tekanan dari ahli politik yang mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.

Beliau mendakwa mempunyai maklumat dan bukti berlaku pelanggaran kuasa dalam kes membabitkan cukai tambahan RM1.7 juta terhadap dirinya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here