ATM akan bina Hospital Medan di Kedah – Hishammuddin

0
2

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan mendirikan sebuah Hospital Medan di Kedah bagi menampung kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) yang terhad di negeri berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi hantaran Facebooknya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 sebentar tadi.

Beliau berkata, pembukaan Hospital Medan itu susulan permohonan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang meminta ATM membina sebuah Hospital Medan di negeri berkenaan.

“Semalam, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan permohonan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk mendirikan sebuah Hospital Medan ATM susulan situasi kapasiti katil ICU di Kedah yang terhad.

“Di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyatakan persetujuan terhadap permohonan tersebut,” katanya.

Justeru, Hishammuddin berkata, beliau telah mengarahkan ATM untuk mengambil tindakan segera dan melakukan persiapan rapi bersama KKM.

“InsyaAllah, saya akan maklumkan perkembangannya dari masa ke masa,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Kerajaan Negeri Kedah mengemukakan permohonan kepada ATM untuk membuka hospital medan di negeri itu.

Muhammad Sanusi berkata, ia berikutan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) yang masih tinggi iaitu 79.9 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here