Gangguan seksual libat Ebit Lew: Polis sedang lengkapkan kertas siasatan

0
1
Polis Di Raja Malaysia

POLIS sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual.

“Kita masih teruskan siasatan lagi,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Sementara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan satu perbualan gangguan seksual didakwa membabitkan pendakwah berkenaan.

Beliau mendakwa itu antara beberapa hantaran mesej WhatsApp yang dilihat sendiri dari telefon bimbit mangsa.

“Saya merasa sedih dan geram bila mangsa menunjukkan kepada saya. Ini antara bukti yang diserahkan kepada polis.

“Perkongsian bukti-bukti ini adalah atas permintaan mangsa untuk kesedaran ramai serta menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here